Followers

Monday, 5 September 2011

Kesan Mengambil Dadah


1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakandan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman percakapan , pengiraandan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

               sm_beer_drinking.gif                                                 people_37.gif

Tuesday, 30 August 2011


Lemang + Rendang@Serondeng Mama

Inilah antara juadah berbuka puasa saya semalam....

Lemang

                                      Rendang@Serondeng Tok

Monday, 29 August 2011

Balik Kampung



Beginilah keadaan yang mungkin anda akan tempuh bermula hari ini jika anda memulakan perjalanan untuk berhari raya di kampung. Dijangka 1.4 juta kenderaan akan berada di atas jalan raya.

"Selamat Pulang Ke Kampung."

Tuesday, 16 August 2011

Mentega Babi



Jakim sahkan mentega haram



MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama
SZ: Hati-hati agar kita tidak terbeli dan termakan makanan yang tidak halal.

Saturday, 13 August 2011

Shopping Raya Kat Central Square.


Central Square, Sg. Petani.

Walaupun raya lambat lagi, tapi hari ini, saya dah pi shopping raya kat C.S Sg. Petani.
Shopping ala kadar aje.....
Ramai jugak orang yang keluar shopping hari ni.
Kalau tunggu next week, rasanya lebih ramai.

Anda dah shopping raya ke?

Thursday, 11 August 2011

Mari Bersenam


utk menjadikan pinggang seakan kerengga

utk kempiskan perut gak

utk perut dan pinggang

utk mengurangkan lemak kat peha

utk peha jugak

utk peha dan kaki..

utk kaki jgk.










HAH, JANGAN TENGOK JEK...G BUAT CEPAT!! HAHAHA

Selamat Berpuasa Buat Semua Islam


Gambar Hiasan


Assalamualaikum dan selamat petang.


Jika dulu, awal-awal puasa kita akan ke kedai untuk membeli kad raya. Kemudian ke pejabat pos untuk membeli setem dan poskan kad tersebut. Sekarang, zaman sudah berubah, ucapan raya dihantar dalam bentuk mel elektronik, facebook, twitter, sms, mms dan sebagainya.

So....Masih relevankah kad raya?